XSEED Games dan Marvelous sebelum ini sudah mengumumkan yang Travis Strikes Again: No More Heroes Complete Edition iaitu permainan yang dibangunkan oleh Grasshopper Manufacture akan dikeluarkan pada 18 Oktober 2019 untuk PlayStation 4 dan PC.
Hari ini, mereka mengumumkan yang permainan tersebut sudah boleh di pra-tempah melalui PS Store dan juga Steam. Ia ditawarkan dengan harga promosi RM142.20 berbanding harga asal RM158 untuk kedua-dua platform.
Setiap pra-tempah di PS Store akan menyertakan tema permainan tersebut dan pelanggan PS Plus juga mendapat potongan harga tambahan sebanyak 10%.
Travis Strikes Again: No More Heroes Complete Edition akan menyertakan kesemua kandungan tambahan yang dikeluarkan iaitu Black Dandelion dan Bubblegum Fatale. Kandungan tambahan ini boleh diakses selepas menyelesaikan permainan utama.