Informasi Permainan Video Terkini
Persona 5 Royal Akan Dikeluarkan Secara Global Pada Suku Kedua 2020

Persona 5 Royal Akan Dikeluarkan Secara Global Pada Suku Kedua 2020

Diterbitkan pada Ogos 18, 2019 oleh .

Persona 5 Royal akan dikeluarkan di Jepun pada Oktober ini, namun bagi pasaran global ia sekadar diumumkan akan tiba pada tahun 2020. Melalui satu video acah baharu bersempena Gamescom, tarikh pengeluaran kini diumumkan adalah pada suku kedua 2020.

Walaupun masih tiada tarikh yang tetap tetapi sekurang-kurangnya kita boleh mengatakan ia akan dikeluarkan di antara tiga bulan suku tersebut, melainkan tertunda.

Persona 5 Royal adalah Persona 5 yang disertakan dengan pelbagai penambahan kandungan, termasuk juga watak baharu seperti Kasumi Yoshizawa yang akan menjadi ahli baharu Phantom Thieves. Ia akan dikeluarkan secara eksklusif untuk PlayStation 4.


TIPS & ULASAN