Hujung minggu lepas, pusingan kelayakan peringkat LAN Ke-9 bagi kejohanan Taiwan Excellece E-Sports Cup (TEEC) 2019 berlangsung dengan jayanya di CoVE Esports Hub yang mana kejohanan tersebut menyaksikan sebanyak 32 pasukan dan lebih dari 200 perserta berkumpul untuk merebut tempat ke pusingan akhir yang bakal berlangsung September ini.
Dengan 3 permainan yang dipertandingkan iaitu Counter-Strike: Global Offensive, DOta2 dan League of Legends, kejohanan tersebut semestinya mendapat tarikan ramai yang mana ianya menyediakan wang hadiah terkumpul sebanyak RM113,000.
Tambahan itu, kejohanan tersebut juga menyediakan beberapa reruai khas yang mempamer beberapa produk daripada Acer dengan pelbagai produk permainan video, Predator seperti laptop, paparan skrin dan sebagainya.
Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, kejohanan tersebut mendapat kerjasama bersama Taiwan External Trade Development Council (TAITRA) dan Taiwan Bureau Of Foreing Trade (MOEA) di mana ianya akan berlangsung sepanjang tahun ini bermula April lepas sehinggalah acara akhir pada Oktober ini.
Bagi anda yang ingin menyaksi pemain beraksi di pusingan kelayakan peringkat LAN seterusnya, ianya bakal berlangsung pada 7 September 2019 ini di Battle Arena, Kuala Lumpur di mana pusingan akhir pula akan berlangsung pada 11 hingga 13 Oktober 2019 ini di Berjaya Time Square dan juara kejohanan tersebut akan ke Taiwan untuk bertempur dengan wakil-wakil pasukan dari negara Asia Tenggara lain.
Seperti biasa kami di Aksiz juga akan mengemaskini informasi lanjut setelah ianya diumumkan dan bagi anda yang ingin mengetahui berkenaan pendaftaran dan maklumat lanjut, anda boleh ke laman rasmi TEEC 2019 di bawah.
[info] Layari: TEEC 2019 [/info]