Informasi Permainan Video Terkini
Nintendo Bakal Berkongsi Permainan Indie Baharu Melalui Acara Penstriman “Indie World”

Nintendo Bakal Berkongsi Permainan Indie Baharu Melalui Acara Penstriman “Indie World”

Diterbitkan pada Ogos 18, 2019 oleh .

Tampaknya minggu ini mungkin bakal menjadi satu lagi minggu yang sibuk dengan pelbagai pengumuman permainan video di mana selain acara pembukaan Gamescom 2019 yang diumumkan oleh Geoff Keighley, Nintendo juga bakal mengadakan acara penstriman khas yang dipanggil “Indie World” di mana mereka akan berkongsi sebilangan informasi lanjut berkenaan permainan indie di konsol Switch.

Menurut Nintendo, acara tersebut akan berdurasikan sekitar 20 minit dan ianya akan ditayangkan pada jam 9 malam, 19 Ogos bagi waktu tempatan melalui laman rasmi Nintendo.

Seperti biasa kami akan kongsikan sebarang informasi lanjut berkenaannya menjelang esok malam.

Menariknya sekali, menurut penganalisa permainan video Danial Ahmad, Nintendo mungkin akan mengumumkan permainan Indie yang dilancarkan di konsol Xbox One sebelum ini. Menariknya sekali, berdasarkan kuciran di Twitter, ianya mungkin adalah siri permainan Ori And The Blind Forest. Namun, ini hanyalah masih lagi satu ura-ura sahaja.

Sama-sama kita nantikan pengumuman Nintendo kelak.


TIPS & ULASAN