Annapurna Interactive sebelum ini telah mengumumkan permainan terbaru oleh Sam Barlow iaitu pembangun untuk Her Story, Telling Lies. Namun, tiada tarikh serta platform yang dinyatakan.

Hari ini, permainan tersebut akhirnya diumumkan akan tiba pada 23 Ogos 2019 untuk PC, Mac dan iOS. Video pengumuman tersebut memperlihatkan keempat-empat watak yang akan hadir di dalam permainan ini melakukan kiraan.

Empat watak tersebut akan dilakonkan oleh Logan Marshall-Green, Alexandra Shipp, Kerry Bishé dan Angela Sarafyan.

Sohor Kini