Skip to main content

Sebelum ini kami berkongsi yang mana Universal Pictures akan melancarkan satu filem berdasarkan permainan DOOM, iaitu DOOM Annihilation yang mana ianya akan dilancarkan secara terus melalui cakera DVD, Blu-Ray dan Digital bermula 1 Oktober 2019 ini.

Terkini, dengan pelancarannya yang semakin hampir, mereka memperlihatkan satu lagi video acah khas melalui Twitter rasmi filem tersebut.

Semestinya video acah tersebut hanyalah berdurasikan 18 saat sahaja yang hanya memaparkan sebahagian adegan tersebut. Namun, ianya masih lagi memaparkan beberapa makhluk syaitan yang bakal tiba buat filem tersebut yang mana pada pendapat kami, ianya kelihatan mempunyai bajet yang rendah.

Meskipun begitu, sekurang-kurang kini ianya mempunyai tarikh tetap dan memandangkan permainan DOOM Eternal bakal tiba November kelak, mungkin bagi anda yang meminati siri tersebut anda boleh menonton filem ini dahulu.

Leave a Reply