Gears for Breakfast hari ini mengumumkan yang permainan aksi platformer mereka iaitu A Hat in Time akan dikeluarkan untuk Switch pada 18 Oktober 2019.

Versi Switch diumumkan pada tahun semasa mereka mengumumkan DLC buat permainan tersebut iaitu Seal the Deal tetapi tiada tarikh yang diumumkan.

DLC Seal the Deal juga akan tiba bersama, boleh dibeli secara berasingan untuk versi digital manakala versi fizikal akan disertakan bersama. A Hat in Time pada akhir tahun lepas diumumkan telah terjual sebanyak 1 juta unit di PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini