Sejak acara khas bersama dengan Resident Evil 2, PUBG Mobile telah menyertakan mod zombi, namun sebelum ini pemain perlu bertahan melawan zombi tersebut.

Melalui kemaskini 0.14.0, ia akan menyertakan mod Infection, yang mempunyai bentuk perlawanan pemain lawan pemain di mana pemain akan dibahagikan kepada dua pasukan iaitu pertahanan dan zombi.

Pertahanan akan diberikan senjata manakala zombi hanya boleh menyerang secara dekat dan mempunyai kebolehan untuk mengjakiti pertahanan dan menjadikan mereka sebagai zombi.

PUBG Mobile boleh dimuat turun secara percuma untuk iOS dan Android.

Sohor Kini