Shortest Trip to Earth Kini Tiba Untuk PC

Interactive Fate dan Iceberg Interactive hari ini mengumumkan yang permainan roguelike simulasi pengurusan kapal angkasa Shorters Trip to Earth kini dikeluarkan untuk PC melalui Steam dan GOG.

Melalui permainan ini, pemain perlu mengembara, mengurus kapal angkasa termasuk juga melakukan pertempuran. Bagi anda yang menyukai Faster than Light, permainan ini mempunyai konsep yang lebih kurang sama.

Shortest Trip to Earth dijual dengan harga RM39 di Steam dan $19.99(~RM83) di GOG. Namun, bersempena minggu pelancaran ia dijual dengan potongan harga sebanyak 15% sehingga 23 Ogos 2019.

Sohor Kini