Epis Games Store minggu ini menawarkan dua permainan percuma untuk tawaran mingguan mereka. Dua permainan tersebut adalah Hyper Light Drifter dan Mutant Year Zero: Road to Eden.

Hyper Light Drifter merupakan permainan aksi RPG 2D yang dibangunkan oleh Heart Machine. Ia sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch, PC dan juga iOS sejak tahun 2016.

Mutant Year Zero: Road to Eden merupakan permainan strategi mengikut urutan yang dibangunkan oleh The Bearded Ladies, ia dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One serta PC pada tahun lepas dan baru sahaja dikeluarkan untuk Switch bulan lepas.

Tawaran ini adalah sehingga 22 Ogos dan kemudiannya Epic Games Store akan menawarkan Fez sebagai permainan percuma seterusnya.

Epic Games Store: Hyper Light Drifter

Epic Games Store: Mutant Year Zero: Road to Eden

Sohor Kini