Permainan DreadOut sememangnya satu permainan seram yang sangat terkenal di Asia Tenggara ini di mana ianya adalah permainan yang dibangunkan oleh Digital Happiness, iaitu pembangun dari Indonesia. Permainan tersebut juga sebelum ini diadaptasikan kepada bentuk filem yang mana ianya kini sudah boleh mula ditonton di Netflix.

Terkini, Digital Happiness memperlihatkan permainan seterusnya buat siri tersebut iaitu DreadOut 2 yang mana ianya bakal hadir di PC melalui Steam.

Seperti permainan sebelum ini, DreadOut 2 sekali lagi akan memfokuskan bentuk pandangan ketiga yang mana kali ini pembangun menjanjikan lebih banyak kandungan dan bentuk permainan yang lebih beraksiz. Selain itu, konsep permainan menggunakan telefon pintar juga kembali sebagai salah satu elemen utma permainan ini.

Buat masa ini, informasi lanjut berkenaannya masih belum diumumkan dan seperti biasa kami akan mengemaskini jika terdapat sebarang informasi tambahan.

Sohor Kini