Julai lepas, Netflix mempertontonkan video acah siri Netflix The Witcher secara rasmi yang mana siri tersebut dibintangi oleh Henry Cavill sebagai Geralt. Semestinya rupa watak tersebut adalah berlainan jika ingin dibandingkan dengan versi permainan video dan siri Netflix.

Namun, bagi anda yang berminat untuk bermain permainan The Witcher 3: Wild Hunt dengan rupa watak Geralt versi Henry Cavill, anda kini berupaya untuk berbuat demikian melalui mod khas yang dihasilkan oleh Adnan4444.

Semestinya hasil model yang dihasilkan adalah seakan Henry Cavill sendiri di mana kami sendiri di Aksiz agak terpegun dengan hasil yang dilakukan oleh pembangun mod tersebut.

Meskipun begitu, bagi anda yang berminat untuk mencuba mod tersebut, anda boleh ke pautan Nexus Mod di bawah di mana anda boleh memuat-turunnya secara percuma.

Nexus Mod: Geralt Of Rivia Versi Henry Cavill

Sohor Kini