Skip to main content

Semalam, EA akhirnya mengumumkan secara rasmi permainan perlumbaan seterusnya buat siri Need For Speed iaitu Heat di mana ianya akan dilancarkan pada 8 November 2019 ini.

Terkini, tampaknya bagi anda yang peminat tegar buat siri tersebut anda mungkin perlu mula menabung di mana EA memperlihatkan edisi terhad buat permainan tersebut yang mana ianya menyertakan model kereta Diecast khas.

Melalui edisi terhad Need For Speed: Heat ini, ianya akan dilancarkan pada tarikh yang sama dengan harga £99.99(~RM509) dan ianya akan menyertakan sebilangan kandungan khas seperti:

  • Permainan penuh NFS Heat
  • Model kereta Diecast Polestar 1
  • Bekas besi
  • Buku nota bersaiz A5
  • 4 magnet dengan rekaan khas NFS Heat
  • 7 pelekat dengan rekaan khas NFS Heat
  • Kotak premium

Namun, buat masa ini dukacitanya ianya hanya dipasarkan buat pasaran Eropah sahaja. Namun kami percaya menjelang tarikh pelancaran permainan tersebut, EA pasti akan berkongsi informasi lanjut berkenaannya di pasaran Malaysia.

Need For Speed: Heat akan dilancarkan pada 8 November 2019 ini di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC melalui Origin.

Leave a Reply