Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, kejohanan Dota 2 The International bagi tahun 2019 akan berlangsung di Mercedes-Benz Arena, Shanghai, China yang mana kini kejohanan tersebut meraih wang hadiah terkumpul melebihi RM138 juta.

Semestinya wang hadiah terkumpul tersebut adalah berdasarkan nilai jualan Battle Pass yang mana ianya akan ditutup setelah tamatnya kejohanan ini.

Seperti yang anda sedia maklum, pusingan akhir kejohanan tersebut bakal berlangsung pada 20 hingga 25 Ogos ini dan kini, peringkat berkumpulan akhirnya berlangsung bermula hari ini sehingga 18 Ogos 2019 ini.

Terdapat 18 pasukan yang akan bertempur bermula hari ini untuk berebut tempat untuk ke pusingan akhir kelak di mana hanya 16 pasukan sahaja yang bakal melayakkan diri. Bagi anda yang ingin melihat jadual penuh buat kejohanan tersebut, anda boleh ke laman rasmi Dota 2.

Bagi anda yang ingin menyaksikan kejohanan tersebut secara langsung, ianya juga akan disiarkan di saluran rasmi Twitch Dota di mana anda boleh menonton dan memberi sokongan baut pasukan pilihan anda, berdasarkan jadual di atas.

Sohor Kini