Sebelum ini kami melaporkan bahawa permainan Friday The 13th: The Game akan dilancarkan di konsol Switch yang mana Gun Media kini akhirnya melancarkannya secara rasmi di mana anda boelh dapatkannya secara digital melalui Nintendo eShop dengan harga $39.99(~RM168).

Menariknya, melalui edisi Ultimate Slasher, Gun Media akan menyertakan segala kandungan yang dilancarkan sebelum ini iaitu pek Jason Kill, kostum tambahan dan Emote Party.

Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan permainan Friday The 13th: The Game, ianya adalah permainan berdasarkan filem Friday The 13th dan sebelum ini ia telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC.

Dari segi bentuk permainan, ianya memfokuskan bentuk multi-pemain di mana 1 pemain akan bermain sebagai Jason dan perlu memburu dan membunuh 7 lagi pemain lain. Meskipun begitu, dukacitanya permainan ini tidak lagi akan mempunyai sebarang kandungan tambahan akibat tuntutan mahkamah sebelum ini.

Semestinya bagi anda yang berminat untuk bermain permainan ini, anda kini boleh mendapatkannya melalui platform pilihan anda, termasuklah di Switch yang baru sahaja dilancarkan minggu ini.

Sohor Kini