Informasi Permainan Video Terkini
Mobile Legends Liga Profesional MY/SG Musim Ke-4 Bakal Berlangsung Ogos Ini – Senarai Barisan Pasukan Kini Diumumkan

Mobile Legends Liga Profesional MY/SG Musim Ke-4 Bakal Berlangsung Ogos Ini – Senarai Barisan Pasukan Kini Diumumkan

Diterbitkan pada Ogos 15, 2019 oleh .

Lanjutan daripada pengumuman buat kejohanan Mobile Legends: Bang Bang Liga Profesional (MPL) Musim Ke-4 buat negara Malaysia dan Singapura sebelum ini, Moonton kini akhirnya mengumumkan bahawa kejohanan tersebut bakal berlangsung pada 24 Ogos ini dan akan tamat pada 29 September kelak.

Dengan wang hadiah terkumpul sebanyak RM415,000, kejohanan tersebut akan menyertakan 10 pasukan untuk berentap sesama sendiri untuk bergelar juara kejohanan tersebut. 10 pasukan tersebut terdiri daripada Axis Esports, Geek Fam, Shope Bosskurr, Sabah Top Player, Xpax X-Assins, Todak, Evos Esports SG, Resurgence, Notorious Villains dan Lourve Esports.

Menariknya juga, menurut Moonton, liga kejohanan tersebut juga akan distrimkan secara langsung di Facebook rasmi Mobile Legends Bang Bang (MLBB) setiap hari Sabtu dan Ahad bermula dari 4 petang.

Tambahan itu, liga kali ini juga akan menyertakan sistem kutipan mata baharu yang mana setiap kedudukan pasukan akan dikira berdasarkan jumlah perbezaan kemenangan dan kekalahan. Bagi pasukan yang mengautkan nilai mata yang tinggi, mereka akan ditempatkan di carta tertinggi sekaligus hanya 8 daripada 10 pasukan sahaja yang akan melayakkan diri ke pusingan Playoffs kelak.

Selain itu, Moonton jgua umum bahawa mereka akan mengadakan sesi pesta tontonan secara langsung di Rasta, Taman Tun Doktor Ismail, Kuala Lumpur pada 15, 21 dan 29 September ini. Menurut mereka, di sana akan terdapat pelbagai acara, aktiviti dan hadiah menarik buat pengunjung yang mana ianya dibuka secara percuma.

Mobile Legends: Bang Bang Liga PRofesional MY/SG Musim ke-4 ini merupakan kejohanan liga buat permua Mobile Legends: Bang Bang khas buat pemain di Malaysia dan Singapura yang mana ianya ditajakan oleh Black Shark dan dibawakan khas oleh Moonton.

Untuk informasi lanjut berkenaan kejohanan ini, anda boleh ke Facebook rasmi Mobile Legends Bang Bang (MLBB) dan jangan lupa untuk memberi sokongan buat pasukan pilihan anda.


TIPS & ULASAN