Skip to main content

Tampaknya, selain permainan Saints Row, Timesplitter dan Dead Island 2, satu lagi permainan di bawah THQ Nordic iaitu siri Metro, kini juga disahkan sedang dibangunkan oleh 4A Games.

Menurut pengguna twitter DarkDetetiveNL, beliau menyatakan bahawa THQ Nordic berkongsi berkenaannya ketika laporan kewangan yang berlangsung semalam.

Semestinya permainan Metro Exodus baru sahaja dilancarkan awal tahun ini di mana kandungan DLC buat permainan tersebut juga diumumkan bakal tiba. Meskipun begitu, sekurang-kurang kini kita juga mungkin bakal menerima permainan penuh baharu buat siri Metro yang mana pasti adalah satu berita gembira buat peminat di luar sana.

Leave a Reply