Hari ini, pengasas Mossmouth iaitu pembangun buat siri permainan Spelunky mengumumkan yang mana permainan seterusnya mereka iaitu Spelunky yang diumumkan sebelum ini akan ditundakan sehingga tahun hadapan.
Sebelum ini, permainan tersebut dirancang untuk dilancarkan sekitar tahun ini yang mana kini, ianya ditundakan atas sebab ianya masih lagi memerlukan masa untuk pembangunan akibat kandungan permainannya yang sangat pelbagai. Menurut Derek Yu juga, mereka juga kini sedang menaik taraf visual persekitaran permainan tersebut dengan lebih terperinci.
Buat masa ini, tarikh pelancarannya masih belum diumumkan. Namun permainan ini disahkan bakal hadir di konsol Playstation 4 dan PC.