Skip to main content

Dengan pelancaran MediEvil yang semakin hampir menjelang Oktober ini, hari ini Sony Interactive Entertainment berkongsi satu video khas di sebalik tabir buat permainan tersebut melalui Playstation Blog, yang mana mereka memperlihatkan sejarah pembangun dan juga beberapa bentuk permainan.

Melalui video tersebut, ianya memaparkan sesi temu bual bersama pembangun dari Other Ocean Interactive iaitu Mike Mika, ketua pegawai kreatif dan Jeff Nachbaur iaitu penerbit eksekutif buat permainan tersebut.

Menurut mereka, pembangunan permainan MediEvil bukan sahaja adalah satu bentuk olahan semula buat permainan asal, malah ianya adalah satu bentuk gambaran semula bagaimana peminat kenang kembali saat ketika bermain permainan tersebut.

Menariknya sekali, Jeff juga menyatakan bahawa mereka juga mempunyai akses untuk kod permainan asal MediEvil di mana berjaya mengembangkan lagi permainan tersebut daripada pembangun asal iaitu Guerilla Cambridge.

Seperti yang dikongsikan oleh kami sebelum ini, MediEvil akan dilancarkan secara rasmi pada 25 Oktober 2019 ini khas di konsol Playstation 4.

Leave a Reply