Informasi Permainan Video Terkini
DOOM Eternal – Bentuk Permainan Multi-Pemain “BattleMode” Dipertontonkan

DOOM Eternal – Bentuk Permainan Multi-Pemain “BattleMode” Dipertontonkan

Diterbitkan pada Ogos 14, 2019 oleh .

Bethesda Softworks hari ini mempertontonkan satu video khas yang mana ianya memperlihatkan bentuk multi-pemain buat permainan DOOM Eternal, iaitu BattleMode.

Seperti yang dikongsikan oleh kami sebelum ini, BattleMode merupakan bentuk 2 lawan 1 multi-pemain yang mana dua pemain akan bermain sebagai makhluk syaitan dan bertembung dengan seorang pemain sebagai DOOM Slayer.

Seperti permainan DOOM, bentuk multi-pemain ini akan menyertakan bentuk permainan yang pantas di mana pemain berupaya untuk bertempur di dalam 5 arena berbeza dengan 5 jenis makhluk syaitan yang mempunyai kemahirannya tersendiri.

Bethesda juga menyatakan bahawa bentuk permainan antara DOOM Slayer dan mahkluk syaitan juga mempunyai bentuk yang berbeza di mana pemain perlu bijak menggunakan segala kelengkapan, senjata dan kemahiran yang tersedia, untuk menumpaskan pihak lawan.

Mereka juga mengesahkan bahawa sebarang kandungan tambahan, termasuklah peta baharu, makhluk syaitan baharu akan dilancarkan secara percuma buat semua pemilik permainan DOOM Eternal.

DOOM Eternal akan dilancarkan secara rasmi pada 22 November 2019 ini di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.


TIPS & ULASAN