Sebelum ini, Microids melancarkan permainan Asterix & Obelix XXL2 di konsol dan PC yang mana ianya adalah permainan pernambah-baikkan yang dilancarkan pada 2005 lepas.

Terkini, sekuel kepada permainan tersebut yang diumumkan sebelum ini akhirnya mendapat tarikh pelancaran secara rasmi di mana ianya bakal hadir di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC menjelang 21 November 2019 ini.

Asterix & Obelix XXL3: The Crystal Menhir kali ini akan membawa penceritaan baharu yang mana sekali lagi ianya akan memfokuskan watak Asterix dan Obelix di mana mereka akan pelbagai bentuk permainan tekaria, pengembaraan dan sebagainya.

Menariknya sekali, menurut Microids, buat pertama kali permainan ini juga akan menyertakan bentuk koperasi yang mana pemain berupaya untuk bermain secara multi-pemain.

Selain itu, Microids juga mengumumkan edisi terhad bakal dilancarkan bersama di mana ianya akan menyertakan figura khas Asterix dan Obelix buat kedua-dua edisi permainan tersebut.

Sohor Kini