Informasi Permainan Video Terkini
Tropico Versi Permua Bakal Hadir Di Peranti Android Bulan Hadapan

Tropico Versi Permua Bakal Hadir Di Peranti Android Bulan Hadapan

Diterbitkan pada Ogos 14, 2019 oleh .

Sebelum ini kami berkongsi yang mana Tropico akan dilancarkan sebagai versi permua di peranti iOS yang mana ianya telah pun dilancar April lepas.

Terkini, permua tersebut akhirnya diumumkan bakal tiba di peranti Android pada 5 September 2019 ini dan anda juga berupaya untuk membuat pra-pendaftaran bermula hari ini di Google Play Store.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Tropico versi permua ini akan menyertakan bentuk pengurusan bandar seperti mana versi PC namun ianya dibangunkan khas dengan bentuk kawalan dengan skrin sesentuh dengan pelbagai tetapan khas yang menarik.

Dari segi keperluan peranti, ianya akan menyokong kebanyakkan telefon terkini dengan sistem operasi Android 8.0 Orea. Permua ini juga akan memerlukan ruangan sebanyak 2.5GB sahaja.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan ini, pastikan anda membuat pra-pendaftaran dan membelinya menjelang 5 September 2019 ini.


TIPS & ULASAN