Lanjutan daripada pengumuman watak baharu buat permainan Overwatch iaitu Sigma, watak tersebut kini akhirnya tiba secara rasmi di kesemua platform permainan tersebut.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Sigma merupakan watak baharu yang berkelaskan “Tank” di mana beliau mempunyai kuasa graviti. Beliau juga merupakan watak ke-31 buat permainan tersebut.

Selain itu, Blizzard juga mengemaskini dengan kemaskini sistem barisan peranan yang mana ianya akan memberi pilihan buat pemain untuk memilih peranan watak permainan seperti kelas “Tank”, “Damage” dan “Support” sebelum memasuki sebarang sesi kompetitif permainan. Ini sekaligus memberi sesi permainan yang lebih seimbang buat pemain ketika pemain mencari sesi permainan ketika di atas-talian.

Bagi anda yang ingin bermain sebagai Sigma, anda boleh berbuat demikian dengan memuat-turun kemaskini permainan Overwatch yang mana ianya telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox one dan PC.

Sohor Kini