Lanjutan daripada laporan kami berkenaan video acah baharu buat permainan Monkey King: Hero Is Back sebelum ini, Sony Interactive Entertainment hari ini akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran buat permainan tersebut di mana ianya bakal tiba pada 17 Oktober 2019 ini khas di konsol Playstation 4.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Monkey King: Hero Is Back merupakan permainan aksi pengembaraan berdasarkan cerita rakyat raja monyet, iaitu Sun Wukong. Permainan ini juga adalah berdasarkan filem dengan nama yang sama yang ditayangkan pada 2015 lepas. Melalui permainan ini, pemain juga akan bertempur dengan pelbagai jenis musuh disamping mempelajari pelbagai kemahiran raja monyet.

Menurut Sony, permainan tersebut akan dijual secara fizikal dan digital di mana senarai harganya adalah seperti berikut:

  • Edisi biasa (Fizikal): RM169
  • Edisi biasa (Digital): RM169
  • Edisi Deluxe (Digital): RM209
  • Edisi Ultimate (Digital): RM279

Semestinya edisi Deluxe dan Ultimate akan menyertakan pelbagai kandungan tambahan yang anda boleh dapatkan di mananya ianya terdiri daripada beberapa kandungan digital tambahan. Melalui edisi Deluxe, Sony akan menyertakan kostum Tuxedo khas bersama-sama barangan Lotus, Guanyin Bodhisattva Amulet, Soul Charming Necklace, Secret Scroll: Purge dan Purple Incese Burner.

Manakala edisi Ultimate pula akan menyertakan kesemua kandungan Deluxe, namun bersama-sama kandungan khas DLC berepisod iaitu episod pertama Monkey King: Hero Is Back – Uproar In Heaven dan episod kedua Monkey King: Hero Is Back – Mind Palace.

Selain itu, pra-tempahan buat permainan ini juga akhirnya dibuka buat edisi fizikal dan digital yang mana anda juga berpeluang untuk mendapatkan sebilangan kandungan tambahan seperti:

  • Tema khas Monkey King Playstation 4
  • Kostum Dasheng Doll
  • Mod permainan: Paradise Mode
  • Mod permainan: Desperation Mode

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan ini, pra-tempahannya telah pun dibuka di mana anda boleh ke pautan di bawah untuk membuat pra-tempah bagi edisi digital. Bagi versi fizikal pula, anda boleh berbuat demikian di mana-mana pengedar rasmi Playstation.

Pra-Tempah: Monkey King: Hero Is Back

Sohor Kini