Skip to main content

THQ Nordic hari ini mengumumkan bahawa mereka memperoleh 3 lagi studio pembangun permainan iaitu Milestone Slr, Goodbye Kansas Game Invest dan Gunfire Games.

Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan ketiga-tiga studio ini, Milestone Slr sebelum ini terkenal dengan siri permainan perlumbaan motosikal seperti MotoGP, MXGP dan sebagainya. Menurut kenyataan THQ Nordic, perolehan tersebut adalah melalui anak syarikat THQ Nordic, iaitu Koch Media.

Selain itu, dua lagi studio yang diperoleh oleh THQ Nordic iaitu Goodbye Kansas Game Invest, iaitu satu syarikat pelabur buat permainan video dan juga Gunfire Games pula adalah pembangun buat siri Darksiders.

Semestinya dengan perolehan ini, THQ Nordic bakal meluaskan lagi jajahan mereka yang mana pasti mereka akan mengeluarkan lebih banyak permainan pada masa akan datang.

Leave a Reply