Bagi anda yang mempunyai langganan Nintendo Switch Online dan konsol Switch, anda pasti mengetahui berkenaan senarai permainan retro NES yang tersedia buat anda yang mana Nintendo sering mengemaskini pelbagai permainan baharu setiap bulan. Sejak pelancaran servis tersebut tahun lepas, Nintendo juga melancarkan alat kawalan NES yang mana ianya mempunyai sokongan untuk dicaskan melalui konsol Switch.

Terkini, tampaknya Nintendo mungkin akan membuka lagi perpustakaan permainan retro di konsol Switch dengan permainan SNES yang mana menurut laporan Eurogamer, Nintendo minggu ini telah memfailkan aksesori alat kawalan yang kelihatan seakan alat kawalan SNES ke pihak FCC.

Dengan pelancaran permainan SNES di konsol Switch, kita mungkin akan berpeluang untuk bermain permainan klasik seperti Super Mario World, Harvest Moon dan juga The Legend Of Zelda: A Link To The Past.

Meskipun begitu, buat masa ini informasi lanjut berkenaannya tidak diumumkan dan memandangkan pelancaran Nintendo Switch Online sebelum ini dilancarkan bersama alat kawalan NES. Mungkin juga dengan permainan SNES, Nintendo akan melancarkan alat kawalan konsol SNES pula yang akan menyokong konsol Switch.

Seperti biasa, kami akan mengemaskini jika terdapat sebarang informasi lanjut berkenaannya.

Sohor Kini