Skip to main content

THQ Nordic hari ini umum dua edisi terhad yang bakal tiba buat permainan Biomutant yang mana ianya adalah permainan pasca-apokaliptik dunia terbuka di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Melaluinya terdapat dua edisi terhad yang dinamakan Biomutant Atomic Edition dan Biomutant Collector’s Edition.

https://www.youtube.com/watch?v=APHjytr3aNs

Bagi versi Biomutant Collector’s Edition, ianya bakal tiba dilancarkan buat ketiga-tiga platform dengan harga bermula $119.99(~RM503) bagi versi konsol, manakala $109.99(~RM460) bagi versi PC. Dari segi kandungan pula, ianya akan menyertakan:

  • Permainan penuh Biomuntant
  • Figura khas Biomutant
  • Karya seni fabrik bersaizkan A1
  • Muzik latar permainan
  • Kotak premium khas
https://www.youtube.com/watch?v=4NQfcQmzIac

Bagi edisi Biomutant Atomic Edition pula, ianya merupakan edisi terhad khas yang menyertakan pelbagai kandungan eksklusif, namun ianya lebih mahal dan lebih besar. Menurut THQ Nordic, ianya akan dijual dengan harga $399.99(~RM1,674) dan ianya akan menyertakan:

  • Permainan penuh Biomutant
  • Bekas besi khas
  • Figura “Diorama” khas Biomutant
  • T-Shirt
  • Pad Tetikus bersaiz besar
  • Karya seni fabrik bersaiz A1
  • Muzik latar permainan
  • Kotak premium khas

Semestinya edisi-edisi yang diumumkan ini adalah khas buat mereka yang tidak sabar dan peminat sejati buat permainan Biomutant, di mana ianya kini boleh dipra-tempah melalui laman rasmi permainan tersebut.

Meskipun begitu, buasa masa ini, tarikh pelancaran permainan ini masih belum diumumkan dan ianya sememangnya disahkan bakal tiba di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC sahaja.

Leave a Reply