Skip to main content

Frostpunk iaitu permainan simulasi pembinaan dengan elemen ketahanan hidup kini diumumkan bahawa ianya bakal tiba di konsol iaitu Playstation 4 dan Xbox One pada 11 Oktober 2019 ini.

Menurut studio pembangun permainan tersebut, 11 Bit Studios menyatakan bahawa versi konsol permainan tersebut akan menyertakan segala kandungan percuma yang dilancarkan di PC sebelum ini termasuklah DLC The Fall Of Winterhome dan beberapa kandungan lain. Mereka juga mengesahkan permainan tersebut juga bakal menerima kandungan tambahan lain pada masa akan datang.

Selain itu, versi konsol buat permainan ini juga menyertakan beberapa tetapan dan kawalan khas yang dibangunkan untuk konsol.

Bagi anda yang berminat, ianya bakal dilancarkan secara digital melalui platform pilihan dan menariknya sekali bagi versi fizikal, ianya akan diterbitkan oleh Merge Games.

Leave a Reply