Siri permainan perlawanan Tekken bukan sahaja mempunyai bentuk permainan yang menarik di campur dengan visual permainan 3 dimensi yang menawan, ianya juga mempunyai muzik latar yang boleh dikatakan ikonik dengan rentak muzik yang sangat mengasyikkan.

Meskipun begitu, untuk mendapatkan muzik-muzik latar permainan tersebut sememangnya agak sukar, namun kini anda tidak lagi perlu khuatir di mana Bandai Nacmo akhirnya mengumumkan bahawa muzik latar buat siri Tekken kini tiba di platform penstriman muzik seperti di Spotify dan Apple Music.

Buat masa ini, antara muzik latar yang ditawarkan adalah dari permainan Tekken pertama, Tekken 2, Tekken 3, Tekken 4, Tekken 5, Tekken 6 dan Tekken 7. Namun dari segi permainan sampingan Tekken yang lain, Bandai Namco masih belum menawarkannya lagi.

Bagi anda yang berminat untuk mendengar muzik-muzik tersebut, anda boleh ke laman rasmi Spotify ataupun Apple Music di bawah. Namun, bagi anda yang ingin membuat pencarian sendiri, anda boleh membuat carian di bawah nama artis “Namco Sounds” melalui platform penstriman muzik pilihan anda.

Spotify: Muzik Latar Tekken 1-4, Muzik Latar Tekken 5-7

Apple Music: Muzik Latar Tekken

Sohor Kini