Informasi Permainan Video Terkini
Activision Berminat Untuk Membawa Kembali Permainan Klasik Selepas Kejayaan Crash Bandicoot

Activision Berminat Untuk Membawa Kembali Permainan Klasik Selepas Kejayaan Crash Bandicoot

Diterbitkan pada Ogos 14, 2019 oleh .

Seperti yang anda sedia maklum, baru-baru ini Activision sering membawa kembali permainan klasik sebagai permainan olahan semula seperti Crash Bandicoot N.Sane Trilogy, Spyro Reignited Trilogy dan juga permainan yang baru sahaja dilancarkan tahun ini iaitu Crash Team Racing Nitro-Fueled.

Kejayaan sejak pelancaran permainan tersebut yang mana salah satunya, iaitu Crash Bandicoot N.Sane Trilogy yang terjual lebih dari 10 juta salinan, membuatkan Activision lebih berminat untuk membawa kembali permainan-permainan klasik sebagai permainan olahan semula.

Menurut laporan, Robert Kotick iaitu ketua pegawai eksekutif Activision menyatakan bahawa mereka sememangnya berminat untuk membawa kembali permainan-permainan klasik di mana mereka percaya terdapat ramai peminat yang ingin bermainnya semula.

Menariknya sekali, mereka juga menyatakan memandangkan siri Crash dan Spyro mendapat sambutan yang baik di kalangan main, mereka juga berminat untuk membawa permainan “baru” juga pada masa akan datang.

Sememangnya ini adalah satu pengumuman menarik dan memandangkan Activision mempunyai pelbagai hak intelek untuk pelbagai permainan, kita mungkin bakal melihat permainan-permainan klasik seperti Pitfall dan sebagainya. Mungkin anda sendiri boleh menyenaraikan permainan apa yang anda ingin Activision membawa kembali?


TIPS & ULASAN