Informasi Permainan Video Terkini
Square-Enix Berkongsi Imej Jenaka Perbezaan Visual Pernambah-Baikkan Buat Final Fantasy VIII Remastered

Square-Enix Berkongsi Imej Jenaka Perbezaan Visual Pernambah-Baikkan Buat Final Fantasy VIII Remastered

Diterbitkan pada Ogos 14, 2019 oleh .

Seperti yang diumumkan sebelum ini, Square-Enix akhirnya akan melancarkan permainan pernambah-baikkan untuk Final Fantasy VIII dan ianya dibangunkan antara kerjasama bersama DotEmu.

Meskipun begitu, permainan tersebut masih lagi belum mendapat tarikh rasmi pelancaran, namun apa yang pasti ianya akan dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC sekitar tahun ini.

Terkini, Square-Enix berkongsi satu imej khas yang memperlihatkan perbezaan visual permainan tersebut yang mana sering menjadi bahan jenaka di Internet, yang memaparkan adegan tarian antara watak Squall dan Rinoa.

Semestinya visual pernambah-baikkan yang diperlihatkan di dalam permainan Final Fantasy VIII Remastered ini kelihatan lebih menawan dengan visual yang lebih jelas berbanding versi asal permainan tersebut yang dilancarkan 20 tahun lepas.

Sebagai peminat Final Fantasy VIII, saya sendiri juga tidak sabar untuk bermain permainan apabila ianya dilancarkan kelak. Sama-sama kita nantikan pelancarannya sekitar tahun ini.


TIPS & ULASAN