PC Building Simulator Ironinya Kini Tiba Untuk Konsol

The Irregular Corporation hari ini mengumumkan sesuatu yang agak ironi, iaitu PC Building Simulator kini tiba untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Dengan kata lain, anda kini tidak perlu mempunyai PC untuk membina PC. Apabila dilihat kembali, ia sebenarnya lebih masuk akal. Permainan ini sebelum ini dikeluarkan secara percuma sebelum ditambah-baikkan dan dikeluarkan secara berbayar melalui Steam di mana ia telah terjual sebanyak 750 ribu unit.

Selain membina PC menggunakan peralatan dan perkakasan berdasarkan dunia nyata, ia juga menyertakan mod penceritaan di mana pemain akan mengambil alih kedai ‘Uncle Tim’. Anda akan ditugaskan dengan pelbagai cabaran seperti membaiki PC (mungkin ada pilihan untuk restart?) dan memasang kemaskini.

Buat masa ini ia masih tidak ditawarkan di PlayStation Malaysia, tetapi di Switch dan Xbox One ia dijual dengan harga promosi $17.99(RM75) berbanding $19.99 harga asal.

Sohor Kini