Skip to main content

Kemaskini: Bandai Namco juga mengesahkan permainan Doraemon: Story Of Season akan dilancarkan di pasaran Malaysia bermula 11 Oktober 2019 ini di Switch dan PC melalui Steam.

Bersempena dengan itu, mereka juga berkongsi satu video khas yang memperlihatkan bentuk permainan Doraemon: Story Of Season dengan lebih lanjut termasuklah gajet-gajet Doraemon yang pemain boleh gunakan untuk membantu Nobita berkebun dan sebagainya.

Menariknya juga, bagi mereka yang membeli permainan tersebut secara edisi fizikal, Bandai Namco akan menyertakan biji benih buah ceri tomato dan basil untuk anda tanam di rumah anda sendiri, luar dari permainan.

Artikel asal: Bandai Namco hari ini akhirnya mengumumkan yang permainan simulasi berkebun Doraemon: Story of Seasons akan dikeluarkan pada 11 Oktober 2019 secara global untuk Switch dan PC.

Permainan tersebut telah dikeluarkan di Jepun pada bulan Jun lepas. Ia adalah permainan Story of Seasons (pernah dikenali sebagai Harvest Moon) tetapi berdasarkan watak-watak daripada siri popular Doraemon.

Jadi, tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk pemain mula membantu Nobita berkebun.

Leave a Reply