Skip to main content

Julai lepas, kejohanan eRacing Grand Prix SEA berlangsung dengan pertandingan ujian masa yang mana hanya 45 pelumba terbaik akan ke pusingan seterusnya untuk berebut tempat sebagai juara kejohanan tersebut.

Terkini, Axle Motorsport berkongsi yang mana pusingan separuh akhir kejohanan tersebut akan berlangsung di pusat membeli belah 3 Damansara pada hujung minggu ini pada 17 dan 18 Ogos 2019 pada jam 11 pagi hingga 8 malam di mana pelumba-pelumba akan dibahagi kepada 3 pasukan iaitu mengikut warna Merah, Biru dan Hijau. Mereka juga akan dilatih oleh pelumba profesional seperti Adam Khalid, Timothy Yeo dan James Veerapan.

Bagi senarai 45 pelumba terbaik, anda boleh ke laman rasmi eRacing Grand Prix dan pelumba terpantas iaitu Mior Muhammad Hafiz untuk ujian masa lepas juga menyatakan bahawa beliau sememangnya yakin bahawa kejohanan ini akan memberi kesan positif buat industri e-sukan dan juga permotorran di Malaysia. Beliau juga menyatakan bahawa selepas sahaja ujian masa tersebut, beliau sering berlatih untuk menghadapi pusingan separuh akhir yang bakal berlangsung hujung minggu ini.

Alex Yoong, pengasas Axle Motorsport juga menyatakan bahawa kejohanan ini sudah pasti menjadi satu penanda aras di kalangan pelumba yang mana beliau juga pasti ianya bakal berlangsung dengan baik. Menurut beliau lagi, bagi pusingan separuh akhir dan akhir bagi kejohanan tersebut, mereka bakal menyertakan pelbagai kejutan buat pelumba dan beliau juga menyarankan mereka agar mereka terus berlatih dengan set simulasi perlumbaaan tersedia.

Juga menurut sidang akhbar Axle Motorsport, Maybank juga menyertai sebagai salah satu penaja utama buat kejohanan tersebut, bersama-sama dengan penaja lain seperti UMobile, JD Sports, Thrustmaster, Spritzer, Playstation, Whitebox Simulators, Royal Selangor dan Razer.

Buat masa ini, tarikh rasmi bagi pusingan akhir masih belum lagi diumumkan dan seperti yang dilaporkan oleh kami, dari 45 pelumba yang bakal bertempur pada pusingan separuh akhir, hanya 5 pelumba sahaja yang bakal ke pusingan akhir dan bergelar juara eRacing Grand Prix.

Untuk informasi lanjut anda boleh layari laman rasmi kejohanan tersebut di bawah dan bagi anda yang ingin memberi sokongan buat pelumba-pelumba, jangan lepaskan peluang anda untuk menghadiri ke pusat membeli belah 3 Damansara menjelang hujung minggu ini.

[info] Layari: eRacing Grand Prix SEA [/info]

Leave a Reply