Informasi Permainan Video Terkini
Epic Games Store Tidak Menyokong Pra-Muat Untuk Borderlands 3
PC

Epic Games Store Tidak Menyokong Pra-Muat Untuk Borderlands 3

Diterbitkan pada Ogos 13, 2019 oleh .

Pengasas Epic Games Tim Sweeney minggu ini mengesahkan yang Borderlands 3 tidak akan menyertakan pra-muat untuk pemain yang membelinya melalui Epic Games Store.

Pra-muat adalah sistem di mana pemain akan memuat turun terlebih dahulu permainan sebelum ia boleh dimainkan apabila dilancarkan kelak. Ia merupakan sistem yang sudah menjadi kebiasaan untuk kesemua platform.

Menurut beliau lagi, Epic Games Store menyokong sistem tersebut, namun beliau mengatakan yang sistem tersebut mungkin tidak dapat berfungsi dengan baik untuk permainan popular seperti Borderlands 3.

Apabila ditanya adakah Epic Games Store dapat menyokong muat turun pada hari pelancaran, Tim Sweeney sekadar berkongsi artikel di mana Epic Games Store yang juga klien untuk Fortnite menyokong 10 juta pemain serentak.

Perkara ini mungkin nampak remeh, akan tetapi bagi pemain yang tidak mempunyai internet dengan kelajuan yang tinggi, mereka mungkin terpaksa menunggu masa yang lama sebelum dapat bermain Borderlands 3.


TIPS & ULASAN