Tampaknya, EA (Electronic Arts) mungkin akan melancarkan permainan seterusnya buat siri Plants VS. Zombies: Garden Warfare di mana hari ini satu video acah khas tertiris di internet di bawah pengguna Twitter bernama Uncharted Scopes.

Berdasarkan video acah yang tertiris, permainan tersebut akan dinamakan Plants VS. Zombies: Battle For Neighborville yang mana seperti permainan sebelum ini, ianya akan menyertakan bentuk penembak pandang ketiga. Menariknya, menurut laporan, permainan ini mungkin adalah permainan yang diuji oleh EA ketika mereka mengadakan sesi ujian dengan nama permainan Plant VS. Zombies dengan kod nama “Picnic”.

Semestinya ianya masih lagi di dalam pembangunan kerana video tersebut juga mempunyai beberapa adegan yang masih belum disiapkan. Menariknya sekali, video tersebut juga memaparkan pelbagai jenis watak-watak antara watak Zombie dan Plants yang mana akan bertempur sesama pemain.

Buat masa ini, EA masih belum mengumumkan sebarang pengumuman rasmi dan kami pasti mereka pasti akan berkongsi sebarang informasi lanjut setelah ianya sedia untuk diumumkan.

Bagi anda yang ingin menonton video tersebut, anda masih lagi boleh menontonnya di bawah dan kami percaya EA mungkin akan memadamnya dalam masa terdekat ini.

https://www.youtube.com/watch?v=heCD_xdXykc&feature=youtu.be

Sohor Kini