Skip to main content

Sebelum ini, WayForward mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan beraksi perlawanan River City Girls menjelang September ini.

Terkini, mereka berkongsi dua video acah khas yang mana mereka memperlihatkan dua watak utama permainan tersebut iaitu Kyoko dan Misako.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, River City Girls merupakan permainan berdasarkan River City yang dilancarkan beberapa tahun lepas. Melalui permainan ini, pemain akan bermain sebagai teman wanita dua watak utama River City sebelum ini iaitu Riki dan Kunio di mana pemain perlu menyelamatkan mereka daripada diculik.

Melalui video di atas, WayForward memperlihatkan bentuk personaliti buat kedua-dua watak tersebut yang mana kedua-dua mereka sememangnya mempunyai gaya watak yang sangat menarik dicampur bentuk permainan yang sangat beraksi.

River City Girls akan dilancarkan pada 5 September 2019 ini buat konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.

Leave a Reply