Informasi Permainan Video Terkini
Splinter Cell Seterusnya Adalah Di Platform Berlainan

Splinter Cell Seterusnya Adalah Di Platform Berlainan

Diterbitkan pada Ogos 13, 2019 oleh .

Kita sudah mendengar beberapa ura-ura yang mengatakan permainan baharu Splinter Cell sedang dibangunkan antaranya adalah daripada pengarah kreatif Ubisoft sendiri.

Namun, berdasarkan temubual di antara penerbitan di China Gamer Sky, CEO Ubisoft Yves Guillemot mengatakan untuk Splinter Cell ia akan memberi satu pengalaman yang berbeza di platform yang berlainan.

Buat masa ini masih tidak disahkan apa yang dimaksudkan dengan platform berbeza. Ada laporan yang mengatakan ia adalah permainan Splinter Cell di dalam bentuk realiti maya. Selain itu, tidak boleh dinafikan juga, Splinter Cell sebagai permainan mudah alih agak menarik.


TIPS & ULASAN