Pek Super Duper Grafik Untuk Minecraft Dibatalkan

Mojang minggu ini mengumumkan yang pembangunan untuk pek Super Duper Grafik untuk Minecraft. dihentikan dan projek tersebut telah dibatalkan.

Pek tersebut yang pertama kali diumumkan ketika persidangan Microsoft/Xbox di E3 2017 dikatakan pek penambahan untuk meningkatkan kualiti grafik permainan tersebut.

Ia sepatutnya tiba pada akhir tahun 2017, sebelum ditunda ke tahun 2018 dan kini ia dibatalkan. Menurut Mojang lagi, pembatalan tersebut adalah disebabkan pek tersebut tidak mencapai prestasi sepertimana yang diharapkan oleh mereka.

Ia mungkin agak mengecewakan untuk yang sudah lama menanti pek ini, tetapi mungkinkah ia disimpan untuk Minecraft 2?

Sohor Kini