Sebelum ini, Nightdive Studios berkongsi bahawa mereka sedang membangunkan permainan pertama buat siri System Shock sebagai permainan pernambah-baikkan dan juga System Shock 3.
Menariknya sekali, terkini mereka juga mengesahkan bahawa permainan System Shock 2 juga kini sedang dibangunkan sebagai permainan pernambah-baikkan dengan nama System Shock 2 Enhanced Edition.
System Shock 2 merupakan permainan penembak pandang pertama yand ilancarkan pada 1999 lepas dan ianya mendapat sambutan ramai dikalangan peminat dengan bentuk permainannya.
Buat masa ini, informasi lanjut berkenaannya masih belum dikongsikan, namun kami percaya melalui edisi pernambah-baikkan ini, ianya pasti akan dilancarkan dengan pelbagai pernaik-tarafan visual yang cantik di mana pasti adalah satu berita menarik buat peminat siri ini.
Dengan pengumuman ini juga, siri ini sekaligus disahkan bakal dilancarkan semula dari permainan pertamanya sehinggalah permainan seterusnya yang mana pasti akan memberi peluang buat peminat lama dan baru untuk bermainnya semula.