GRIS Diumumkan Bakal Tiba Di iOS – Berharga RM19.90

Salah satu permainan yang mempunyai visual yang sangat menarik dengan penceritaan yang mendalam oleh Nomada Games dan Devolver Digital kini diumumkan bakal tiba di peranti telefon pintar sebagai permua.

Menurut Devolver Digital, permua tersebut akan dilancarkan pada 22 Ogos 2019 ini dan ianya akan dijual dengan harga RM19.90. Permainan tersebut sebelum ini telah pun dilancarkan di PC dan Switch.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, GRIS merupakan satu permainan platformer yang mempunyai visual yang menawan di mana menurut pembangun, ianya juga mempunyai bentuk permainan yang tidak mencabar, sekaligus ianya memberi ketenangan buat mereka yang bermainnya.

Bagi anda yang berminat, ianya sudah boleh dipra-tempah melalui App Store buat peranti iOS. Buat masa ini, Devolver Digital masih belum berkongsi jika ianya bakal tiba di peranti Android ataupun tidak.

Pra-Tempah iOS: GRIS

Sohor Kini