Skip to main content

Sebelum ini kami berkongsi yang mana EA(Electronic Arts) akan mengumumkan dan melancarkan permainan perlumbaan seterusnya buat siri Need For Speed pada tahun ini dan siri tersebut sememangnya terhenti setakat Need For Speed: Payback yang dilancarkan pada 2017 lepas. Meskipun begitu, ramai tertanya-tanya berkenaan siri tersebut di mana tahun ini, meletakkan ulang tahun ke-25 buat siri Need For Speed.

Terkini melalui laman rasmi Need For Speed, EA telah melancarkan satu laman dengan pengiraan detik pelancaran di mana ianya meletakkan tarikh pada 14 Ogos 2019 ini pada jam 10 malam(waktu tempatan).

Semestinya buat masa ini, EA masih belum berkongsi sebarang pengumuman rasmi dan kami di Aksiz pasti akan mengemaskininya setelah EA mengumumkannya secara rasmi menjelang Rabu ini.

Leave a Reply