Informasi Permainan Video Terkini
DLC Seterusnya Just Cause 4 “Danger Rising” Diumumkan Bakal Tiba Penghujung Bulan Ini
PC

DLC Seterusnya Just Cause 4 “Danger Rising” Diumumkan Bakal Tiba Penghujung Bulan Ini

Diterbitkan pada Ogos 12, 2019 oleh .

Bagi anda yang masih lagi bermain permainan Just Cause 4 dan mempunyai pas musim permainan tersebut, DLC ketiga dan terakhir bagi pek “Dare Devil, Demons and Danger” iaitu Danger Rising akhirnya diumumkan bakal tiba penghujung bulan ini di mana ianya menyertakan pelbagai kandungan baharu khas buat permainan tersebut.

Menurut Square-Enix, DLC tersebut akan dilancarkan pada 29 Ogos 2019 ini khas buat mereka yang mempunyai edisi Gold dan pas musim permainan tersebut. Bagi pemain yang lain, ianya boleh dibeli secara berasingan dan akan dilancarkan pada 5 September 2019 ini.

Melalui DLC tersebut, ianya akan menyertakan beberapa misi dan penceritaan baharu di mana Rico sekali lagi perlu bertempur dengan musuh Agency bersama-sama dengan rakan lama beliau iaitu Tom Sheldon. Dengan 8 misi tambahan, DLC ini menjanjikan pelbagai kandungan yang pasti akan mengubah keseluruhan permainan ini.

Menariknya, DLC ini juga akan menyertakan sebilangan kelengkapan dan gajet baharu buat Rico, seperti papan luncur terapung yang mana pasti akan membuka lebih banyak bentuk permainan yang mengasyikkan buat pemain.

Just Cause 4 telah pun dilancarkan Disember tahun lepas di Playstation 4, Xbox One dan juga PC. Kami juga telah pun membuat ulasan penuh permainan tersebut di mana anda boleh ke pautan dibawah.


TIPS & ULASAN