Twitch hari ini mengumumkan Twitch Studio iaitu aplikasi penstriman mereka sendiri. Penstrimer kebiasaan akan menggunakan aplikasi lain untuk strim ke Twitch seperti OBS, XSplit dan StreamLabs.
Menurut Twitch, mereka mensasarkan Twitch Studio untuk menjadi aplikasi penstriman yang mesra pengguna tetapi tidak akan bersaing dengan aplikasi lain yang mempunyai fungsi yang lebih banyak.
Buat masa ini ia hanya dikeluarkan secara beta, dan anda boleh daftar minat untut mendapat jemputan bagi mencuba aplikasi tersebut. Ia memerlukan akaun Twitch.
[info]Daftar Minat: Twitch Studio[/info]