Pada April lepas, Microids dan PlayMagic telah mengumumkan yang versi penambah-baikkan untuk permainan XIII akan tiba pada 13 November 2019. Minggu ini, mereka mengumumkan yang permainan tersebut tertunda ke tahun 2020 tetapi tiada tarikh tetap dinyatakan.
XIII merupakan satu permainan penembak pandang pertama berdasarkan grafik novel XIII oleh Jean Van Hamme, yang mendapat perhatian ramai kerana ia menyertakan bentuk visual yang sangat unik dengan penggunaan grafik ‘cel-shaded’.
Ia diumumkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC.