Informasi Permainan Video Terkini
Dragon Quest Builders 2 Telah Diedarkan Sebanyak 1.1 Juta Unit Secara Global

Dragon Quest Builders 2 Telah Diedarkan Sebanyak 1.1 Juta Unit Secara Global

Diterbitkan pada Ogos 9, 2019 oleh .

Semasa penstriman langsung oleh Square Enix untuk memperlihatkan kemaskini terbaru untuk Dragon Quest Builders 2, mereka telah mengumumkan yang permainan tersebut telah diedarkan sebanyak 1.1 juta unit secara global.

Kemaskini yang dikongsi melalui penstriman tersebut menyertakan pelbagai penambahan seperti ia kini menyertakan tiga slot simpanan data, penceritaan “Their Epilogue”, gaya rambut baharu, kebolehan untuk menukar cuaca dan Hero’s Flag.

Kemaskini tersebut akan dikeluarkan terlebih dahulu di Jepun pada 20 Ogos, secara global akan diumumkan kemudian.

Dragon Quest Builders 2 telah dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan Switch pada bulan lepas.


TIPS & ULASAN