Informasi Permainan Video Terkini
Proses Perpindahan Akaun Destiny 2 Di Battle.net Ke Steam Bermula 20 Ogos
PC

Proses Perpindahan Akaun Destiny 2 Di Battle.net Ke Steam Bermula 20 Ogos

Diterbitkan pada Ogos 9, 2019 oleh .

Seperti kita sedia maklum yang Destiny 2 kini tidak lagi diterbitkan oleh Activision, bersama dengan perubahan tersebut, Destiny 2 untuk PC yang buat masa ini boleh didapati melalui klien Blizzard iaitu Battle.net akan ditukar ke Steam pada 1 Oktober 2019.

Bagi pemain yang sudah bermain Destiny 2, Bungie hari ini mengumumkan yang anda boleh memindahkan akaun anda ke Steam bermula 20 Ogos 2019. Ia akan memindahkan segala barangan anda seperti akaun pemain, penambahan, pas dan juga barangan di dalam permainan.

Bungie juga mengingatkan kepada pemain yang selepas 1 Oktober 2019, Destiny 2 tidak lagi boleh dimainkan di Battle.net, oleh disebabkan itu perpindahan harus dilakukan secepat mungkin.

Jika anda ingin mendapat peringatan apabila proses pemindahan tersebut bermula, anda boleh dapatkannya dengan mendaftar di laman Bungie.


TIPS & ULASAN