Epic Games kini akhirnya melancarkan tawaran permainan percuma bagi minggu ini melalui Epic Games Store di mana bermula hari ini sehingga 15 Ogos ini, anda boleh dapatkan permainan GNOG secara percuma.
GNOG merupakan permainan tekaria 3 dimensi yang mana pemain berupaya untuk melakukan pelbagai bentuk pengubah-suaian blok seperti menekan, mengambil, mencucuk, memusing dan sebagainya untuk menyelesaikan tekaria. Permainan ini juga mempunyai visual yang sangat terang dan ianya juga mempunyai sokongan realiti-maya.
Semestinya dengan tawaran ini, anda boleh memiliki permainan tersebut secara terus jika anda menebusnya minggu ini sahaja. Selain itu, Epic Games Store juga memperlihatkan senarai permainan buat minggu hadapan iaitu Hyper Light Drifter dan Mutant Year Zero: Road to Eden.
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan tersebut, anda boleh ke pautan di bawah.
[download] Epic Games Store: GNOG [/download]