Skip to main content

Julai lepas, Capcom dan GungHo Online Entertainment melancarkan permua pertarungan kad iaitu Teppen, di mana ianya memfokuskan pelbagai watak daripada siri-siri permainan lain keluaran Capcom seperti Mega Man, Resident Evil dan sebagainya.

Terkini, GungHo Online Entertainment mengumumkan watak seterusnya bakal tiba menyertai permua tersebut iaitu Jill Valentine daripada permainan Resident Evil 3.

Menurut GungHo Online Entertainment, Jill Valentine akan mempunyai 3 Hero Arts berbeza. Menariknya sekali, Jill juga mempunyai rekaan khas berdasarkan permainan Resident Evil 3 dan mempunyai senjata bazooka ikonik beliau. Selain itu, pek pernambahan Day Of Nightmares juga diumumkan bakal tiba yang mana pemain boleh dapatkan secara berasingan menjelang September kelak.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba, permua ini telah pun dilancarkan di iOS dan Android di mana anda boleh memuat-turunnya di pautan di bawah.

[download] Muat-Turun Android: Teppen [/download] [download] Muat-Turun iOS: Teppen [/download]

Leave a Reply