Lanjutan pengumuman permainan Trine 4: The Nightmare Prince sebelum ini, Modus Games akhirnya berkongsi tarikh pelancaran buat permainan tersebut di mana ianya bakal tiba di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC menjelang 8 Oktober 2019 ini.
Menariknya, koleksi siri permainan Trine iaitu Trine: Ultimate Collection juga diumumkan bakal dilancarkan pada tarikh yang sama. Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Trine: Ultimate Collection akan menyertakan kesemua siri permainan Trine (Trine: Enchanted Edition, Trine 2: Complete Story, Trine 3: The Artifacts Of Power ), termasuklah Trine 4: The Nightmare Prince.
Trine 4: The Nightmare Prince akan memfokuskan penceritaan baharu bersama watak Amadeus, Pontius dan Zoya. Melaluinya, pemain tersebut akan mengekalkan bentuk tekaria platform 2.5D daripada Trine 1 dan Trine 2 dengan visual grafik baharu bersama bentuk persekitaran dinamik. Seperti biasa, permainan ini juga akan menyertakan mod multi-pemain secara atas-talian dan luar talian dengan pelbagai kemahiran yang pemain boleh belajar dan gunakan.
Menurut Modus Games, permainan ini akan dilancarkan secara digital dan fizikal yang mana buat mereka yang membeli dan membuat pra-tempahan versi fizikal, mereka akan menyertakan beberapa kandungan tambahan seperti DLC Toby’s Dream dan poster kain Trine 4.
Baru-baru ini juga Modus Games melancarkan permainan Trine 3: The Artifacts Of Power di konsol Switch secara digital, buat mereka yang berminat untuk mendapatkannya.
Semestinya buat anda yang meminati siri permainan Trine, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkannya menjelang Oktober ini.